Friday, February 8, 2013

Trip 5 - 6 Februari 2013 - Ulek Beach Resort, Dungun, Terengganu

Pada 5 dan 6 Februari 2013 yang lepas, kami sekeluarga telah ke Dungun Terengganu kerana Mama Syauqi ada kerja di sana. Memandangkan company yang sponsor perjalanan dan penginapan, makanya plan kami untuk duduk di hotel atau resort yang paling mahal di sana..haha...Pada mulanya kami bercadang untuk tinggal di Mayangsari Resort (setelah disyorkan oleh seorang kawan), tetapi setelah dihubungi, pihak hotel berkenaan memberitahu kolam rosak dan dalam senggaraan, so kami batalkan niat nak menginap di situ.

Setelah membuat kajian di internet, ciri-ciri penting yang perlu ada adalah ada kolam mandi utk Syauqi dan bapaknya, makanya kami decide utk menginap di Ulek Beach Resort. 


Ulek Beach Resort ni terletak di Jalan Pantai Sura, Dungun berdekatan dengan Kelab Golf Desa Dungun. Resort ni bertemakan tradisional. Rekabentuknya semua menggunakan kayu, cantik. Di depan resort ni ada laut, tapi kena lintas jalan 2 lane. Tapi rasanya takda orang mandi kat pantai ni, setakat nak main pasir boleh la sebab ombak besar.


Gambar di atas adalah pelan resort ni. Biliknya semua diperbuat dari kayu, memang tradisional la, siap ada telaga lagi. Kitorang duduk bilik yang betul-betul menghadap kolam (ada tanda pangkah merah tu)


Ini pulak gambar dalam bilik kami. Kitorang book Deluxe Room, ada katil queen sahaja, kemudian kitorang ambil lagi satu tilam single. Bilik ini dilengkapi dengan TV (astro - limited channel), peti ais, water heater dan safety box. Boleh lihat dalam gambar, bilik kami betul-betul menghadap kolam. Apa yang menariknya, blind bilik ini tidak menggunakan langsir, tetapi menggunakan kayu, memang antik habis. Setiap bilik juga disediakan dengan labu sayong untuk menyimpan air. Nais


Ini pulak bilik air, ada Jakuzi!!!...Apa yang menarik berkenaan jakuzi ini adalah kita boleh bukak pintu dan nampak luar (langit). Dan apa yang tak menarik adalah kena basuh berak guna pancuran yang keluar dari belakang kita. Dah biasa guna paip basuh, mana puas guna pancuran macam tu..haha

Resort ini juga menyediakan sarapan pagi sekali dengan pakej biliknya. Dari segi makanan, aku puji resort ini sebab setahu aku, hanya kami sekeluarga yang menginap di resort ini kerana bukan minggu cuti sekolah dan juga bukan hari Sabtu Ahad tetapi makanan yang disediakan sangat menakjubkan. Ada mee goreng, roti bakar, omelet, cereal (koko-crunch, honey star, corn falkes), kuih, buah-buahan 3 jenis, air kopi, tea, dan air kosong. So aku kitorang breakfast like a king la. Tempat makannya juga menarik, menghadap ke laut, terasa angin laut ketika sedang sarapan.

Ok, setelah sampai ke Dungun, aku pun update status fb aku dan bertanyakan di mana tempat makan menarik di Dungun ni. Kesemua mereka (bilangan 5 orang) bersepakat menyatakan menu wajib cuba adalah maggi ketam di Megi Ketam Bistro di Jalan Teluk Lipat, Dungun, kira-kira 10 minit perjalanan dari resort kami menginap. Komen aku: tak ada lah sedap sangat, cuma unik la, ada ketam sekor dalam pinggan maggi tu.


Tak banyak aktiviti boleh dilakukan di sini. Cadangan awal unutk mandi laut, kolam dan jakuzi. Setelah sampai ok la laut ombak besar, dah cancel satu program. Tapi bila nak masuk ke bilik kami, terpampang papan tanda "Swimming Prohibited - pool under maintenance". Mula la nak sumpah seranah, tapi aku memberi harapan pada diri sendiri, mungkin esok pagi boleh mandi kot. Tapi jangkaanku meleset, puih. Bayangkanlah keluar je bilik dah nampak kolam tapi boleh tengok je, mandi tak boleh. Last-last mandi jakuzi je la dengan anak aku. Sepatunya pihak resort bagitau awal-awal kolam mereka under maintenance, tak ada la pelanggan rasa tertipu. Tapi ini juga boleh dijadikan pengajaran, lepas ni kena tanya dulu kolam di hotel / resort yang kita nak booking tu boleh digunakan atau tidak.

Secara keseluruhan, trip kali ini amat memenatkan kerana tempoh percutian 2 hari (sehari pergi, sehari balik). Perjalanan dari Shah Alam ke Dungun memakan masa 8 jam (banyak berhenti) dan perjalanan pulang 6 jam. Penat, tapi bila sampai ke resort tu, sambil tengok laut, hilang rasa penatnya. 

Lawati laman web official Ulek Beach Resort di http://www.ulekbeachresort.com.my/

Sekian....

Sunday, January 20, 2013

Trip 19 -20 Januari 2013 - Kalumpang Resort & Training Centre

Setelah sekian lamanya, aku bercadang untuk transform blog ini menjadi travel blog yang mungkin berguna untuk orang lain yang ingin bercuti.


Tanggal 19 Januari 2013 dan 20 Januari 2013 yang lepas, kami sekeluarga telah ke Kalumpang Resort & Training Centre yang terletak di Kalumpang, Selangor. Trip kali ini turut disertai oleh adik ipar aku, Ila Kadir. Jarak dari Shah Alam ke Kalumpang lebih kurang 95km melalui Lebuhraya Guthrie then PLUS Highway, dan exit Tanjung Malim. 

Disebabkan plan yang dibuat dalam masa yang singkat, makanya chalet yang available jauh sikit dari sungai. Nama Chalet Camar, sewa semalam RM200.  Chalet ini adalah chalet 1 tingkat setengah yang dilengkapi dengan air-cond, tv astro, katil queen size di tingkat bawah dan tilam 2 unit di tingkat atas.
Komen : 
1. Sumber air dari sungai (sejuk amat), sepatutnya dilengkapi dgn shower water heater di bilik air
2. Air panas utk buat air perlu minta dari kafe (for free), sebolehnya disediakan water heater untuk memasak air di dalam chalet. Agar sukar bagi yang mempunyai anak kecik, yang memerlukan air panas untuk buat susu



Di Kalumpang Resort & Training Centre ini juga terdapat binatang-binatang yang semestinya diminati oleh kanak-kanak. Antara binatang yang ada di sini ialah itik, burung merak, ayam, arnab, monyet, iguana dan angsa.


Pastinya agenda utama ke sini adalah mandi-manda. Airnya sangat bersih dan sejuk. Terdapat juga kolam untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Sumber air kolam ini juga datangnya dari sungai, so airnya agak keruh tetapi sejuk sama seperti mandi di sungai. Diulang, sangat sejuk!!!


Orang ramai yang ingin datang sekadar mandi manda dan tidak bermalam di sini juga dibenarkan. Mungkin ada bayaran dikenakan. Di sini juga dibenarkan ber barbeque, segala kemudahan disediakan seperti tempat berbumbung dan tempat memanggang. Kemudahan-kemudahan lain seperti bilik persalinan, surau yang luas dan selesa dan juga kafeteria (satu di pintu masuk resort dan satu lagi di tepi sungai)


 Sekiranya anda kesini, pastikan anda ke pekan Tanjung Malim untuk menikmati pau yang popular di sini, Pau Yik Mun. Pekan Tanjung Malim terletak lebih kurang 12km dari Kalumpang ini


Secara keseluruhan, dengan sewa yang sebegitu, selayaknya kemudahan yang diberikan sepatutnya diperbanyakkan. Sekiranya ingin merasai suasana kampung, adalah disyorkan ke sini sepertimana kata isteri aku, Percutian Desa.

Lawati laman web official Kalumpang Resort & Training Centre di http://www.kalumpangresort.com.my/

Sekian.