Sunday, January 20, 2013

Trip 19 -20 Januari 2013 - Kalumpang Resort & Training Centre

Setelah sekian lamanya, aku bercadang untuk transform blog ini menjadi travel blog yang mungkin berguna untuk orang lain yang ingin bercuti.


Tanggal 19 Januari 2013 dan 20 Januari 2013 yang lepas, kami sekeluarga telah ke Kalumpang Resort & Training Centre yang terletak di Kalumpang, Selangor. Trip kali ini turut disertai oleh adik ipar aku, Ila Kadir. Jarak dari Shah Alam ke Kalumpang lebih kurang 95km melalui Lebuhraya Guthrie then PLUS Highway, dan exit Tanjung Malim. 

Disebabkan plan yang dibuat dalam masa yang singkat, makanya chalet yang available jauh sikit dari sungai. Nama Chalet Camar, sewa semalam RM200.  Chalet ini adalah chalet 1 tingkat setengah yang dilengkapi dengan air-cond, tv astro, katil queen size di tingkat bawah dan tilam 2 unit di tingkat atas.
Komen : 
1. Sumber air dari sungai (sejuk amat), sepatutnya dilengkapi dgn shower water heater di bilik air
2. Air panas utk buat air perlu minta dari kafe (for free), sebolehnya disediakan water heater untuk memasak air di dalam chalet. Agar sukar bagi yang mempunyai anak kecik, yang memerlukan air panas untuk buat susu



Di Kalumpang Resort & Training Centre ini juga terdapat binatang-binatang yang semestinya diminati oleh kanak-kanak. Antara binatang yang ada di sini ialah itik, burung merak, ayam, arnab, monyet, iguana dan angsa.


Pastinya agenda utama ke sini adalah mandi-manda. Airnya sangat bersih dan sejuk. Terdapat juga kolam untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Sumber air kolam ini juga datangnya dari sungai, so airnya agak keruh tetapi sejuk sama seperti mandi di sungai. Diulang, sangat sejuk!!!


Orang ramai yang ingin datang sekadar mandi manda dan tidak bermalam di sini juga dibenarkan. Mungkin ada bayaran dikenakan. Di sini juga dibenarkan ber barbeque, segala kemudahan disediakan seperti tempat berbumbung dan tempat memanggang. Kemudahan-kemudahan lain seperti bilik persalinan, surau yang luas dan selesa dan juga kafeteria (satu di pintu masuk resort dan satu lagi di tepi sungai)


 Sekiranya anda kesini, pastikan anda ke pekan Tanjung Malim untuk menikmati pau yang popular di sini, Pau Yik Mun. Pekan Tanjung Malim terletak lebih kurang 12km dari Kalumpang ini


Secara keseluruhan, dengan sewa yang sebegitu, selayaknya kemudahan yang diberikan sepatutnya diperbanyakkan. Sekiranya ingin merasai suasana kampung, adalah disyorkan ke sini sepertimana kata isteri aku, Percutian Desa.

Lawati laman web official Kalumpang Resort & Training Centre di http://www.kalumpangresort.com.my/

Sekian.

No comments:

Post a Comment