Saturday, October 8, 2011

Perkembangan bayi setiap bulan

Tidak ada dua orang kanak-kanak yang membesar tepat pada kadar yang sama. Setiap kanak-kanak itu berbeza dalam melakukan sesuatu aktiviti yang tertentu lebih awal atau kemudian daripada yang lain. Sebab itulah tidak mungkin diberikan jadual yang tepat tentang perkembangan seorang bayi dalam tahun pertama. Coraknya memang ada, walau bagaimanapun penerangan berikut adalah satu rajah tentang kemajuan dan tabiat seorang bayi secara bulanan. Berikut adalah rajah perkembangan bayi pada setiap bulan.

Bulan pertama:

Bayi yang baru lahir boleh melihat bayang-bayang. Dia boleh mengecam dan tertarik kepada bunyi. Dia akan tidur sepanjang hari.

Bulan kedua:

Bayi akan menoleh ke arah bunyi dan menangis dengan nada yang berlainan untuk memberi isyarat lapar, kurang selesa atau seronok. Bayi boleh memegang benda-benda dengan sendiri dan bayi boleh juga berjaga pada waktu yang lebih lama. Dia juga boleh tidur sepanjang malam.

Bulan ketiga:

Bayi mula mengukir senyuman dan mengagah. Dia kurang menangis dan tidur lebih nyenyak pada waktu malam. Bayi pada peringkat ini biasanya boleh menegakkan kepalanya ketika meniarap.


Bulan keempat:

Bayi lebih giat dan suka bermain. Dia memilih waktu menyusu untuk bermain dan men cuba sesuatu. Pandangannya lebih tajam dan dia suka pada warna terang.

Bulan kelima:

Berat badan lahirnya dua kali ganda dan dia lebih aktif. Dengan bertambah'llya penguasaan belakang dan otot kakinya membolehkan dia mengimbang dirinya dengan sendiri dan duduk dalam masa yang agak lama. Dia mula mencapai sesuatu benda, menyelaras mata dan pergerakan tangan.


Bulan keenam:

Sekarang dia boleh duduk dengan mudah. Dia mula menunjukkan pergerakan yang akan membawa kepada merangkak. Dia juga mula menyebut beberapa bunyi.

Bulan ketujuh:

Kebanyakan bayi sekarang sudah aktif merangkak, mereka juga boleh memegang sesuatu benda atau mengubah benda itu dari satu tangan ke satu tangan lagi. Makan secara sendiri boleh dimulakan. Gigi mula tumbuh pda waktu ini dengan munculnya salah satu batang gigi kacip rahang bawah. Bayi mula menye.but perkataan seperti "mama" atau "dada".

Bulan kelapan:

Bayi mula berdiri, menggunakan sesuatu sebagai membantunya. Sekarang bayi anda bergerak dengan lebih baik, anda tidak harus meninggalkan benda-benda yang mungkin bahaya jika dimasukkan ke dalam mulutnya bertaburan


Bulan kesembilan:

Sekarang kebanyakan bayi pandai merangkak. Mereka cuba berdiri dengan sendirinya dengan sokongan sebelah tangan. Mula memahami arahan ataupun perkataan mudah.

Bulan kesepuluh:

Bayi mula berjalan sekiranya kedua-dua belah tangannya dipegang. Dia menyambungkan perkataan dengan gerak-geri dan mengulangi perkataan atau bunyi berkali-kali.

Bulan kesebelas:

Seorang bayi mungkin dapat berdiri dari keadaan duduk menjelang waktu ini. Apabila berdiri dia boleh menoleh ke kiri atau ke kanan. Dia boleh duduk bertinggung untuk mengambil sesuatu benda dan mula mengawal pergerakan sudu dari tangan ke mulutnya. Sekarang dia boleh bertutur beberapa patah perkataan yang boleh difahaminya.

Bulan kedua belas:

Sekarang bayi itu bersiap sedia untuk melakukan langkah yang pertama.
Kadang-kadang dia boleh berjalan digabungkan dengan gerakan lain seperti melambai atau membawa barang. Dia boleh memanjat katilnya atau kandang permainannya

Wednesday, September 14, 2011

Lahirnya pewaris keluarga - baby 7 eleven

Tanggal 7 November 2010, lahirnya seorang putera yang diberi nama Ahmad Syauqi bin Ahmad Sayuthi. Ahmad diambil sempena nama bapanya dan Sy pangkal nama tu diambil sempena nama ibunya, Nor Syahida. Alhamdulillah, semuanya selamat setelah admit masuk wad jam 3 pagi 6 November 2010 dan keluarnya pewaris sulung ni jam 430 petang 7 November 2010, hari Ahad. Huh, lebih 12 jam dalam wad bersalin....cobaan...

Kisah pagi sebelum admit tu mmg kelakar. Kami yg masih mentah bab-bab kelahiran ni mana tau apa yg dikatakan air ketuban dan macamana rupa bentuknya. Last-last bila sudah confirm yg keluar tu bukan air kencing, terus kami ambil barang yg telah disediakan awal dan terus ke Hospital Pantai, Bangsar.

Tips: seorang suami pun seharusnya bersedia lebih awal utk menyambut kelahiran bayi kerana bila si isteri melahirkan anak, pastinya si suami turut sama tinggal di hospital. So, kena prepare barang-barang kelengkapan si suami juga agar tak perlu ulang alik hospital ke rumah. Bila keluar je tanda-tanda si isteri nak bersalin, terus grab barang-barang isteri & suami yg telah disediakan awal dan terus ke hospital.

Bila tiba di hospital, tanpa periksa terlebih dahulu, terus isteri dimasukkan ke wad. Dalam hati asyik bertanya, kalau la ini false alarm, malu wooo...Tp alhamdulillah, semuanya berjalan lancar sehingga aku yg fobia darah ni pun dapat teman isteri sehingga anak lahir.

Tips lagi: si isteri dan si suami boleh mengamalkan doa Nabi Yunus ni, isnyaallah boleh memudahkan segala urusan:
La ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin

Maka pada jam 430 petang, 7 November 2010 lahirlah seorang putera seberat 2.9kg.


saat-saat dilahirkan. sejurus selepas keluar bilik bersalin, mandi pun belum ni


time ni dah comel, dah mandi :)

bersama papa rock

bersama atuk dan nenek

Nak dijadikan cerita, selepas tiga hari duduk di wad Pantai Hospital, kami pun tak sabar bawak anak utk pulang ke Pahang walaupun doktor tak syorkan sbb kuning baby meningkat dari sehari ke sehari. Tp kerana degil sangat, kami pun mintak balik jugak. Tp baby sempat duduk kt rumah atuk sehari je sbb esoknya kena admit masuk wad semula sbb bacaan darah dia 372. Tp kali ni masuk wad KERAjaan di Pahang. Apa yg boleh dikomen mengenai kualiti di hospital KERAjaan adalah sangat tidak memuaskan.
1. Air panas (water heater) utk mandi rosak dan tidak dibaiki
2. Nurse layan macam hospital tu merayu agar nurse tu kerja dgn hospital
3. Katil tak user friendly (takde katil yg boleh turun naik paras ketinggian)
4. Tray makanan diambil ikut masa yg telah ditetapkan (tak kira sama ada pesakit sudah makan @ belum)
5. Suami tak boleh jaga isteri yg sedang sakit bersalin 24 jam (ada masa lawatan 12pm-2pm)

Atas sebab inilah, orang ramai rela hantar pesakit ke hospital swasta walaupun charge yg dikenakan beribu-ribu kali ganda dari hospital KERAjaan...

time ni bacaan darah 372 -kuning macam ayam kena kunyit

mula-mula kena letak lampu atas, bawah, tepi dan air dimasukkan melalui tangan

ini time ok sikit - dah ada tilam

Setelah hampir 10 hari di hospital (swasta & kerajaan), barulah baby dibenarkan utk pulang.

Antara pengajaran yg didapati dari kes kuning ini adalah, tak ada ubat yg lebih mujarab selain duduk bawah lampu. Kami pernah cuba sengkuang cina, air kundur, air mandi sensei, air mandi daun belimbing anak, air mandi dukung anak dan macam-macam lagi. Tp kami tak berani cuba air susu kambing kerana dipercayai boleh mengakibatkan buah pinggang baby rosak kerana perut baby masih baru dan tak dapat proses protein yg ada dlm susu kambing tu.
At last, baru tahu rupanya ada orang buat bisnes sewa lampu utk anak kuning ni. Advantage klu kita sewa lampu ni adalah segala pengalaman di hospital kerajaan berkenaan dpt dihapuskan.

Sekian dulu buat masa ini, post berikutnya adalah perkembangan bayi

Wednesday, June 15, 2011

Honeymoon

Lepas kawin, semua pasangan mesti inginkan sessi honeymoon a.k.a bercuti berdua-duaan bersama pasangan. Mula-mula kitorg plan nak booking 2 tempat utk honeymoon dengan menggunakan kemudahan yg diberikan oleh company kami. Aku cuba booking kt Langkawi dan wife aku cuba booking di Awana Genting. Last-last yang dapat Awana je, boleh la. Charge utk satu mlm RM10. Kitorg mmg kedekut skit.haha. Kitorg booking 3 hari 2 malam.
Tmpt kitorg sewa tu mmg luas, tak best sebenarnye kalau duduk 2 org je, sbb mmg luas. Ada 2 double bed serta 2 bilik mandi, 1 jakuzi. Design bilik ni style lama, agak creepy kalau duduk kurang orang.hihi

view depan pintu masuk

view ruang depan

view bilik mandi

bilik tidur atas

view dari bilik atas

Tak sah la kalau pegi Genting tapi tak naik ke theme park dia. Tiket masuk agak mahal, kitorg main yg outdoor je. Tp awal2 aku dah sound wife aku, jgan ajak aku naik solero dgn roller coaster.huhu
Nak dijadikan cerita, aku pun terpandang la satu benda mainan ni. Aku tgk mcm best je, kitorg pun masuk la. Nama benda alah ni flying coaster. Nak main, kena bayar asing pulak. Takpe la, bukan selalu, kataku. Tp setelah merasai sendiri benda ni, aku terus tobat takmau lg datang Genting ni. Gila gayat naik benda ni. Dah berapa kali aku istghfar tak tau la. Pasni klu ade org nak gi theme park, aku ajak di Desa Waterpark, Sunway Lagoon @ Bukit Merah Laketown je sudah.


Monday, May 2, 2011

1st entry -kawin

As Salam
Setelah sekian lama, aku baru nak update. Takpe la, janji update...ye tak?
Dah nama pun 1 st entry sejak sekian lama, maka dengan ini aku update status terkini aku la.

Alhamdulillah, pada tanggal 4 Dis 2009, saya dan Nor Syahida (bukan cikgu syida) telah selamat diijabkabulkan. Disertakan gambar-gambar sebagai bukti.....

tgh ketaq ketaq pegang tangan pak mertua ni

time ni dah selamat akad nikah...

bersanding atas pelamin di Jengka

kenduri di Jitra, simple je...takdo pelamin.

Apa yg ingin disarankan kepada bakal-bakal pengantin, korang jangan teragak-agak utk upah fotographer yg mahal sikit sbb hasilnya nanti pasti superb. Sbb pastinya untuk insan yg baru berkahwin berniat utk membuat majlis kawin hanya sekali seumurhidup, so ni je la tatapan seumur hidup korang
Sekian dulu buat masa ini. Entry seterusnya honeymoon