Wednesday, September 14, 2011

Lahirnya pewaris keluarga - baby 7 eleven

Tanggal 7 November 2010, lahirnya seorang putera yang diberi nama Ahmad Syauqi bin Ahmad Sayuthi. Ahmad diambil sempena nama bapanya dan Sy pangkal nama tu diambil sempena nama ibunya, Nor Syahida. Alhamdulillah, semuanya selamat setelah admit masuk wad jam 3 pagi 6 November 2010 dan keluarnya pewaris sulung ni jam 430 petang 7 November 2010, hari Ahad. Huh, lebih 12 jam dalam wad bersalin....cobaan...

Kisah pagi sebelum admit tu mmg kelakar. Kami yg masih mentah bab-bab kelahiran ni mana tau apa yg dikatakan air ketuban dan macamana rupa bentuknya. Last-last bila sudah confirm yg keluar tu bukan air kencing, terus kami ambil barang yg telah disediakan awal dan terus ke Hospital Pantai, Bangsar.

Tips: seorang suami pun seharusnya bersedia lebih awal utk menyambut kelahiran bayi kerana bila si isteri melahirkan anak, pastinya si suami turut sama tinggal di hospital. So, kena prepare barang-barang kelengkapan si suami juga agar tak perlu ulang alik hospital ke rumah. Bila keluar je tanda-tanda si isteri nak bersalin, terus grab barang-barang isteri & suami yg telah disediakan awal dan terus ke hospital.

Bila tiba di hospital, tanpa periksa terlebih dahulu, terus isteri dimasukkan ke wad. Dalam hati asyik bertanya, kalau la ini false alarm, malu wooo...Tp alhamdulillah, semuanya berjalan lancar sehingga aku yg fobia darah ni pun dapat teman isteri sehingga anak lahir.

Tips lagi: si isteri dan si suami boleh mengamalkan doa Nabi Yunus ni, isnyaallah boleh memudahkan segala urusan:
La ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin

Maka pada jam 430 petang, 7 November 2010 lahirlah seorang putera seberat 2.9kg.


saat-saat dilahirkan. sejurus selepas keluar bilik bersalin, mandi pun belum ni


time ni dah comel, dah mandi :)

bersama papa rock

bersama atuk dan nenek

Nak dijadikan cerita, selepas tiga hari duduk di wad Pantai Hospital, kami pun tak sabar bawak anak utk pulang ke Pahang walaupun doktor tak syorkan sbb kuning baby meningkat dari sehari ke sehari. Tp kerana degil sangat, kami pun mintak balik jugak. Tp baby sempat duduk kt rumah atuk sehari je sbb esoknya kena admit masuk wad semula sbb bacaan darah dia 372. Tp kali ni masuk wad KERAjaan di Pahang. Apa yg boleh dikomen mengenai kualiti di hospital KERAjaan adalah sangat tidak memuaskan.
1. Air panas (water heater) utk mandi rosak dan tidak dibaiki
2. Nurse layan macam hospital tu merayu agar nurse tu kerja dgn hospital
3. Katil tak user friendly (takde katil yg boleh turun naik paras ketinggian)
4. Tray makanan diambil ikut masa yg telah ditetapkan (tak kira sama ada pesakit sudah makan @ belum)
5. Suami tak boleh jaga isteri yg sedang sakit bersalin 24 jam (ada masa lawatan 12pm-2pm)

Atas sebab inilah, orang ramai rela hantar pesakit ke hospital swasta walaupun charge yg dikenakan beribu-ribu kali ganda dari hospital KERAjaan...

time ni bacaan darah 372 -kuning macam ayam kena kunyit

mula-mula kena letak lampu atas, bawah, tepi dan air dimasukkan melalui tangan

ini time ok sikit - dah ada tilam

Setelah hampir 10 hari di hospital (swasta & kerajaan), barulah baby dibenarkan utk pulang.

Antara pengajaran yg didapati dari kes kuning ini adalah, tak ada ubat yg lebih mujarab selain duduk bawah lampu. Kami pernah cuba sengkuang cina, air kundur, air mandi sensei, air mandi daun belimbing anak, air mandi dukung anak dan macam-macam lagi. Tp kami tak berani cuba air susu kambing kerana dipercayai boleh mengakibatkan buah pinggang baby rosak kerana perut baby masih baru dan tak dapat proses protein yg ada dlm susu kambing tu.
At last, baru tahu rupanya ada orang buat bisnes sewa lampu utk anak kuning ni. Advantage klu kita sewa lampu ni adalah segala pengalaman di hospital kerajaan berkenaan dpt dihapuskan.

Sekian dulu buat masa ini, post berikutnya adalah perkembangan bayi

No comments:

Post a Comment